Sunday, October 24, 2010

Wangian Rasulullah S.A.W

Rasulullah mempunyai tubuh badan yang sentiasa berbau wangi dan segar yang semula jadi. Wangian ini melebihi wangian yang wujud di dunia ini. Anas r.a menceritakan :

ما شممت عنبرا قط ولا مسكا ولا شيئا أطيب من ريح رسول الله

Maksudnya: "Aku tidak pernah menghidu wangian anbar, kasturi dan apa jua wangian yang lebih wangi dari bau Rasulullah s.a.w." (Hadis sahih Bukhari Muslim)

Disunatkan lelaki memakai berwangi -wangian dengan minyak wangi, bedak dan sebagainya kerana hadis daripada Abi Ayyub r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

أربع من سنن المرسلين: الحياء والتطعر والسواك والنكاح

Maksudnya: Empat perkara daripada sunnah para rasul: 1. Perasaan malu 2. memakai wangian 3. bersiwak 4. bernikah (Hadis daif- Tirmizi, Ahmad dan Baghawi)

حبب إلي من دنياكم النساء والطيب وجعلت قرة عين في الصلاة

Maksudnya: "Tiga perkara yang disukai oleh ku daripada dunia 1. Wanita yang halal 2. wangian 3. rasa seronok dalam solat." (Hr Ahmad, Hakim dan Baihaqi- hadis hasan)

Jadi kesimpulannya, Memakai bau-bauan yang harum dan wangi merupakan sunnah Rasulullah S.A.W serta mendapat pahala daripadanya. Oleh itu Mulakan hari anda dengan haruman yang segar dan menenangkan 

No comments:

Post a Comment


Palestin Info kasturi group E-Qamus Photobucket darussyifa' Hadith akhirzaman Photobucket doa teladan belajar ba kalamfikalam isuhangat SoalJawab